Tasik Tercantik Di Eropah Tasik Plitvice
Kali ini Petai ingin membawa anda melihat keindahan di bumi, kemaskan bag anda dan kita menuju ke tasik Plitvice terletak di Croatia. Keindahan tasik Plitvice menjadikannya salah satu lokasi pelancongan tertua. Enam belas tasik membentuk Tasik Plitvice di Taman Nasional.
Tasik-tasik ini dikelilingi oleh tiga gunung. Jadi kita boleh melihat mengapa tasik ini begitu dikagumi kerana warna khas mereka, biru gelap, hijau dan biru. Warna boleh berubah dengan musim yang berbeza dan jumlah mineral di dalamnya. Fokus dari sinar matahari pada tasik serta flora dan fauna sekelilingnya juga boleh menjadikan warna tasik itu berbeza.
Kita tidak dapat membayangkan akan keindahannya semulajadinya yang mengalir melalui pergunungan Croatia. Pelancongan tasik yang pertama menjadi daya tarikan pada abad ke-19. Tasik ini terletak di sempadan Bosnia-Herzegovina, taman tersebut dulunya dijadikan barek tentera tetapi kemudian UNESCO menamatkan operasinya dan menjadikannya sebagai tapak warisan dunia.
Ada dua belas tasik atas dan empat tasik yang lebih rendah yang dibentuk oleh pergunungan. Sesekali suasana senyap dan damai tasik itu dipecahkan dengan bunyi ikan yang melompat dan serigala serta rusa yang datang ke tepi tasik untuk minum. Tasik Plitvice boleh benar-benar disebut sebagai syurga di bumi. Harap-harap Petai dapat menjelajah kesana suatu masa nanti.

Posted under: 





Caño Cristales – Sungai Syurga Di Dunia
Edisi Kedua Blog Petai – May 2010
Wang Kertas Tercantik Di Dunia
ni kena kumpul duit ni leh gi melancong
[...] Edisi LepasCaño Cristales – Sungai Syurga Di DuniaFesyen Pakaian Dato’ Siti NurhalizaTasik Tercantik Di Eropah Tasik PlitviceLelaki Mudah Tertipu Dengan Makeup WanitaSiri Koleksi Gadis-Gadis Cosplay Volume 1Menarik Bulan [...]