Caño Cristales – Sungai Syurga Di Dunia
Jika anda pergi ke Colombia, anda boleh melihat Cano Cristales dalam segala keindahannya. Sering disebut sebagai “sungai lima warna”, “sungai yang melarikan diri dari Syurga,” dan “sungai yang paling indah di dunia.” Cano Cristales adalah salah satu tempat anda harus kunjungi untuk percaya.
Sesungguhnya ia suatu keajaiban biologi yang unik. Ianya mungkin pelangi di bawah air. Begitu banyak keindahan, begitu banyak warna dan nuansa… sangat memukau. Banyak jenis alga yang berbeza dan bunga lumut dengan warna yang berkilauan. Luas sungai sekitar 20 meter dan tidak lebih dari 100 kilometer panjang.
Sepanjang tahun, Cano Cristales tidak dapat dibandingkan dengan sungai lain, dengan dasar batu ditutupi lumut hijau kusam dan arus sejuk biru gelap.
Lokasi Cano Cristales adalah cukup terpencil di daerah Meta, terpisah dan tidak boleh diakses oleh lokasi jalan, pelawat boleh terbang ke salah satu daripada empat bandar berhampiran. “The Sierra atau Serranía (gunung) de la Macarena” ialah salah satu Taman Negara dan Pemeliharaan Colombia, dimana ianya juga adalah punca kepada sungai tersebut. Terletak di wilayah perbandaran Mesetas, Vista Hermosa, San Juan de Arama dan Puerto Rico.

Posted under: 




































Tasik Tercantik Di Eropah Tasik Plitvice
Jambatan Membelah Sungai Di Belanda
Edisi Kedua Blog Petai – May 2010
wonderful
bila lah dapat pergi?